Friday, 16 October 2015

Kejohanan Bola Tampar Terbuka Piala Yang Dipertua MPM Kali Ke-4 Tahun 2015

Kejohanan Bola Tampar Terbuka Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Kali Ke-4 Tahun 2015 telah diadakan dari 16 Oktober 2015 hingga 18 Oktober 2015 di Dewan Tertutup, Mini Kompleks Sukan, MPM.

Program anjuran MPM dan Kelab Bola Tampar KRT 6 Daerah Manjung ini diadakan untuk mengeratkan kerjasama dan silaturahim komuniti pemain-pemain bola tampar di seluruh Malaysia, mencungkil bakat-bakat baru,meningkatkan semangat kesukanan dan menggalakkan cara hidup sihat di kalangan masyarakat khususnya bagi sukan bola tampar di samping memperkenalkan daerah Manjung kepada masyarakat luar.

Terdapat 20 pasukan yang menyertai kejohanan ini yang turut melibatkan pemain dan pasukan bertaraf negeri iaitu dari Perak, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.  Majlis perasmian yang berlangsung pada 17 Oktober 2015 (Sabtu), jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Azizan Haji Abd. Muin, Yang Dipertua MPM.  Manakala Encik Nafees Hashim, Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan MPM pula telah menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada 18 Oktober 2015 (Ahad).

Johan bagi kejohanan ini ialah pasukan KRT 6 MPM yang membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM2,500, diikuti pasukan Navy di tempat kedua yang menerima wang tunai RM1,000.  Manakala pasukan pasukan Bomba Selangor di tempat ketiga menerima wang tunai RM500 dan pasukan Jebon VC di tempat keempat menerima wang tunai RM350.





0 komen:

Post a Comment