Latar belakang MPM

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001.

Misi MPM

Komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus dan efisien ke arah perbandaran yang kondusif, selamat dan harmoni berteraskan pembangunan mampan.

Visi MPM

Menjadikan Perbandaran Manjung Bandar Pelancongan dan Maritim yang maju, progresif,makmur dan terunggul.

Friday, 30 October 2015

HARI KOMUNITI PLUS 2015

Penjenamaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Manjung dan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti setempat, MPM melalui Jawatankuasa Local Agenda 21 dengan kerjasama syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Rakan Taman dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Perbandaran Manjung telah mengadakan program Hari Komuniti PLUS 2015 pada 30 Oktober 2015 (Jumaat), jam 9.00 pagi di Dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut.

Program yang diketuai oleh Ir. Zubir Basir, Pengurus PLUS Seksyen N5 (Lebuhraya Ipoh – Changkat Jering) ini disertai oleh semua peringkat kakitangan PLUS Seksyen N5 seramai 50 orang bersama kakitangan MPM, ahli-ahli Rakan Taman dan JPP. Dalam program ini, PLUS turut menyumbangkan 30 buah kerusi rehat (batu) dan 15 buah tong sampah beroda kepada MPM untuk kegunaan awam di persekitaran kawasan pantai di daerah Manjung.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM yang turut bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran pantai Teluk Batik yang diadakan.









Wednesday, 21 October 2015

Upacara Pelepasan Kontinjen MPM

Upacara Pelepasan kontinjen Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sempena Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Tahun 2015 telah diadakan pada 22 Oktober 2015 (Khamis), jam 10.30 pagi di perkarangan lobi pejabat, Blok A, MPM.

Pelepasan telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM dengan ucapan pembakar semangat kepada peserta kontinjen agar memberikan aksi dan persembahan terbaik dan seterusnya dapat menaikkan nama baik MPM sempena kejohanan tersebut yang bakal berlangsung pada 23 Oktober 2015 hingga 25 Oktober 2015 di daerah Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong. Turut hadir memberikan semangat adalah Ketua-ketua Jabatan dan Unit MPM kepada peserta kontinjen yang melibatkan pasukan bagi sukan Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw, Karom dan Ping Pong.

Selain itu, bendera MPM turut disampaikan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM kepada ketua kontinjen MPM iaitu Encik Abd Razak Othman sebagai lambang semangat di kejohanan tersebut.







Friday, 16 October 2015

Kejohanan Bola Tampar Terbuka Piala Yang Dipertua MPM Kali Ke-4 Tahun 2015

Kejohanan Bola Tampar Terbuka Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Kali Ke-4 Tahun 2015 telah diadakan dari 16 Oktober 2015 hingga 18 Oktober 2015 di Dewan Tertutup, Mini Kompleks Sukan, MPM.

Program anjuran MPM dan Kelab Bola Tampar KRT 6 Daerah Manjung ini diadakan untuk mengeratkan kerjasama dan silaturahim komuniti pemain-pemain bola tampar di seluruh Malaysia, mencungkil bakat-bakat baru,meningkatkan semangat kesukanan dan menggalakkan cara hidup sihat di kalangan masyarakat khususnya bagi sukan bola tampar di samping memperkenalkan daerah Manjung kepada masyarakat luar.

Terdapat 20 pasukan yang menyertai kejohanan ini yang turut melibatkan pemain dan pasukan bertaraf negeri iaitu dari Perak, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.  Majlis perasmian yang berlangsung pada 17 Oktober 2015 (Sabtu), jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Azizan Haji Abd. Muin, Yang Dipertua MPM.  Manakala Encik Nafees Hashim, Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan MPM pula telah menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada 18 Oktober 2015 (Ahad).

Johan bagi kejohanan ini ialah pasukan KRT 6 MPM yang membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM2,500, diikuti pasukan Navy di tempat kedua yang menerima wang tunai RM1,000.  Manakala pasukan pasukan Bomba Selangor di tempat ketiga menerima wang tunai RM500 dan pasukan Jebon VC di tempat keempat menerima wang tunai RM350.





Wednesday, 14 October 2015

Turun Padang Taman Samudera

Lawatan Turun Padang di Taman Samudera telah berlangsung pada 15.10.2015 jam 10:00 pagi tadi.




Sunday, 11 October 2015

Program JKPP Zon 16

Program Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 16 MPM bersama penduduk.
Perasmian oleh Encik Ismail bin Ibrahim, AMP. Setiausaha MPM.


Saturday, 10 October 2015

Fun Walk @10ribu langkah Hari Sukan Negara

Fun Walk @10ribu langkah Hari Sukan Negara...Turut bersama YB Dato Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang, Tuan DO Faris, Tuan YDP Azizan, Tuan SU Ismail, Tuan OCPD Tengku Zailan, Tuan JD LAP, Tuan Hj Shamsul TNBJ, Dr Ling Peg Kesihatan dan warga perbandaran.




Thursday, 8 October 2015

Pensijilan Semula 5S MPM

Sedang berlangsung [08.10.15]
Lawatan Audit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Amalan 5S ke Majlis Perbandaran Manjung bagi tujuan pensijilan semula 5S

Tuesday, 6 October 2015

Pengedaran Topeng Muka Jerebu

Bagi memberi kesedaran penjagaan kesihatan berikutan masalah jerebu yang melanda di seluruh negara, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang telah mengedarkan sebanyak 10,000 topeng muka kepada kepada penduduk di sekitar Manjung pada 6 Oktober 2015 (Selasa), jam 9.30 pagi.

Pengedaran topeng muka ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Rashidi Ibrahim, ADUN Pasir Panjang dan disertai oleh Tuan Azizan Haji Abd. Muin,Yang Dipertua MPM, Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah, Ketua Polis Daerah Manjung, Ahli-ahli Majlis dan warga kerja MPM.


Friday, 2 October 2015

Big Cleaning Day Amalan 5S MPM

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan program Big Cleaning Day Amalan 5S pada 2 Oktober 2015 (Jumaat) bagi mempertingkatkan semangat kerja berpasukan dan persediaan bagi pengauditan semula oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 8 Oktober 2015.

Semasa program tersebut,Tuan Azizan Haji Abd. Muin, Yang Dipertua MPM telah menyampaikan gegantung berkaitan 5S kepada setiap jabatan dan unit MPM bagi meningkatkan kefahaman dan panduan mengamalkan prinsip-prinsip 5S. Selain itu, turut disampaikan sijil penghargaan kepada Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Penilaian di atas amalan terbaik 5S yang dipraktikkan secara berterusan berdasarkan pemeriksaan mengejut oleh Jawatan Kuasa 5S MPM.

Thursday, 1 October 2015

Hubungi Kami

HUBUNGI KAMI 

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.

TELEFON : 05 6898800        HOTLINE ADUAN : 05 6898833
FAKS : 05 6882102

EMEL : webmaster[at]mpm[dot]gov[dot]my