Latar belakang MPM

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001.

Misi MPM

Komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus dan efisien ke arah perbandaran yang kondusif, selamat dan harmoni berteraskan pembangunan mampan.

Visi MPM

Menjadikan Perbandaran Manjung Bandar Pelancongan dan Maritim yang maju, progresif,makmur dan terunggul.

Monday, 16 May 2016

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MPM KE KAWASAN SITIAWAN

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke Taman Sitiawan dan Taman Sri Jaya, Sitiawan pada 11 Mei 2016, jam 11.00 pagi.  Lawatan ini disertai oleh Tuan Mohamad Fariz Mohamad Hanip, Yang Dipertua MPM, Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan/Unit MPM.







Antara isu dan masalah yang dikenal pasti adalah longkang rosak, air longkang bertakung dan tersumbat serta semak-samun. 

AKTIVITI ZUMBA DRAMA SANGAT TV3,TV9 BERSAMA KOMUNITI PERBANDARAN MANJUNG

Pada 14 Mei 2016 telah berlangsungnya aktiviti zumba dan senam robik selebriti-selebriti terkenal bersama Komuniti perbandaran Manjung. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi iti dianjurkan oleh Jelajah Drama Sangat Tv3,Tv9 bersama Majlis Perbandaran Manjung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk amalan hidup sihat dikalangan komuniti di samping aktiviti beramah mesra bersama selebriti- selebriti terkenal seperti Mia Ahmad, Zahirah McWilson, Syafiq kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.






PROGRAM PELANCONGAN, SUKAN DAN KEMASYARAKATAN BULAN APRIL 2016


Wednesday, 20 April 2016

PROGRAM "JOM KOMPOS"

Program siri bengkel JOM KOMPOS telah diadakan di Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Pulau Pangkor pada 20 April 2016 yang lalu dimana program tersebut adalah usahasama di antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Majlis Perbandaran Manjung. 

Program tersebut bertujuan memberi taklimat beserta demonstrasi berkenaan cara membuat baja kompos untuk kelestarian alam sekitar dan diharap dapat mendidik penduduk di Pulau Pangkor amnya untuk mencintai alam sekitar.